Popular Posts

Friday 20 March 2015

Pelan Integriti nasional

                     TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

                   KONSEP PELAN INTEGRITI NASIONAL

SINOPSIS

Pelan Integriti Nasional ialah sebuah induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sekitar masyarakat dan negara.Pelan Integriti Nasional juga memupuk,menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika,sekaligus negara yang berintegriti.Pelan Integriti Nasional suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan pada rakyat pelbagai kaum,lapisan dan wilayah.Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambah baik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.Pendekatan Pelan Integriti Nasional ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantauan integriti.Pelan Integriti Nasional memerlukan keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka,menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap,telus,adil dan berkesan.Pelan Integriti Nasional juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka.Sinergi perlaksanaan program integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.


          PERNYATAAN MASALAH
Menyedari tentang pentingnya integriti di kalangan masyarakat.Kerajaan telah menyediakan dan melaksanakan pelan integriti nasional(PIN).Pelan ini dibangunkan dengan focus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.

Pelan seumpama ini membolehkan kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integrity masyarakat.Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan,tetapi didapati usaha-usaha ini tidak konsisten dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinegri semua factor.Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam member panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.

          OBJEKTIF KAJIAN
Ø Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu,berharmoni,berintegriti,bermoral dan beretika.
Ø Meningkatkan kesedaran,komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integrity supaya integrity menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.
Ø Mengalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan sivil yang menjungjung prinsip integiriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.
Ø Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara,dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat.
Ø Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

            METODOLOGI KAJIAN
1.Kaedah penyelidikan perpustakaan
Saya juga turut mengunjungi perpustakaan awam contohnya perpustakaan negara dan perpustkaan Raja Tun Uda di Shah Alam untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ.Dengan kemudahan rujukan yang banyak yang terdapat disana,saya dapat mencari maklumat dengan lebih mendalam dan lebih  terperinci demi menyiapkan kajian saya ini.Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan dan melengkapkan lagi kajian saya.

2. Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.Dengan kemudahan ini saya dapat mencari maklumat tentang kajian saya dengan lebih mudah dan singkat kerana semua maklumat kini hanya di hujung jari.Dengan kemudahan laman sesawang ini maklumat saya akan menjadi lebih lengkap dan tepat kerana saya dapat mengkaji tentang kajian saya dengan melayari laman rasmi yang menyediakan maklumat tentang Pelan Integriti Nasional ini.
          
KEPENTINGAN PELAN INTEGRITI NASIONAL

  • 1.    Untuk mencapai matlamat cabaran keempat wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika,dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh,dan ditunjangi oleh budi pekerti yang utuh.
  • 2.    Meliputi usaha memupuk budaya yang baik da etika yang positif dalam segala termasuk pekerjaan,perniagaan,penulisan,sukan dan sebagainya.
  • 3.    Perlu mematuhi undang-undang negara dan syarat-syaratnya
  • 4.    Melengkapkan peranan pelan pembangunan negara kita dan aspek ekonomi.
  • 5.    Dalam konteks ini,peranan agama adalah penting kerana ajaran agama sentiasa mengingatkan kita kepada aspek-aspek akuantabiliti atau kebertanggungjawab dan menyeru kita kepada membuat perkara-perkara baik serta menghindarkan perkara mungkar.

                                        ISI DAN HURAIAN
GERAKAN PEMANTAPAN INTEGRITI
Gerakan pemantapan integriti adalah satu gerakan menyeluruh dan berterusan yang dipandukan oleh prinsip dan objektifPelan Integriti Nasional (PIN). Pendekatan umum PIN ialah menggerakkan semua komponen dan sektor negara danmasyarakat supaya mendukung dan menghayati objektif dan matlamat PIN serta bekerjasama dan berkoordinasi diantara satu sama lain untuk mencapai cita-citanya. Pendekatan ini melibatkan penjalinan kekuatan pelbagai kompone'dari bawah' yang bekerjasama sesama sendiri serta penggemblengan kekuatan tersebut dengan 'pihak atas' untuktujuan meningkatkan integriti.Di antara pelbagai komponen itu terdapat timbal balas yang berterusan. Sementara 'pihakatas' memberikan bimbingan dan menunjukkan teladan mengenai integriti, 'pihak bawah' pula memberikan sokongan,maklum balas dan kawalan kepada 'pihak atas'. Dengan cara ini, gerakan pemantapan integriti meningkatkan dinamikadan kekuatannya.
Setiap komponen atau sektor perlu mempunyai dan melaksanakan strategi dan program integriti masing-masing selarasdengan PIN.Strategi, program dan aktiviti itu perlu diulangkaji dari masa ke semasa.Ulangkaji itu ialah untuk menilaikeberkesanan dan memperbaiki kelemahannya agar integriti secara selangkah demi selangkah menjadi budayamasyarakat dalam jangka panjang.
Keseluruhan komponen atau institusi berikut terlibat dalam gerakan ini:
a) Keluarga;
b) Komuniti;
c) Masyarakat Sivil (Pertubuhan-pertubuhan Masyarakat);
d) Sosiobudaya (pendidikan, kesihatan, sukan dan rekreasi, media massa, seni, sastera dan warisan);
e) Agama
f) Ekonomi
g) Politik; dan
h) Pentadbiran

                       STRATEGI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN INTEGRITI
Keseluruhan pendekatan, strategi, dan pelan tindakan bagi mencapai objektif dan sasaran PIN merupakan salah satuagenda utama negara, dan kini dirujuk sebagai Agenda Integriti.Matlamat Agenda Integriti boleh dicapai denganmengatur secara rapi Strategi Pelaksanaan dan Pelan Tindakan untuk pelbagai institusi masyarakat dan negara.