Popular Posts

Friday 20 March 2015

Pelan Integriti nasional

                     TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

                   KONSEP PELAN INTEGRITI NASIONAL

SINOPSIS

Pelan Integriti Nasional ialah sebuah induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sekitar masyarakat dan negara.Pelan Integriti Nasional juga memupuk,menyemai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika,sekaligus negara yang berintegriti.Pelan Integriti Nasional suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan pada rakyat pelbagai kaum,lapisan dan wilayah.Kerjasama antara semua pihak ini menjadi kekuatan bagi mengubah atau menambah baik nilai dan amalan masyarakat serta institusinya.Pendekatan Pelan Integriti Nasional ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantauan integriti.Pelan Integriti Nasional memerlukan keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka,menghormati dan mempertahankan prinsip pemisahan kuasa serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap,telus,adil dan berkesan.Pelan Integriti Nasional juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka.Sinergi perlaksanaan program integriti oleh semua komponen dan sektor tersebut akan dengan sendirinya menyumbang kepada pemantapan integriti seluruh masyarakat dan negara.


          PERNYATAAN MASALAH
Menyedari tentang pentingnya integriti di kalangan masyarakat.Kerajaan telah menyediakan dan melaksanakan pelan integriti nasional(PIN).Pelan ini dibangunkan dengan focus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.

Pelan seumpama ini membolehkan kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integrity masyarakat.Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan,tetapi didapati usaha-usaha ini tidak konsisten dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinegri semua factor.Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam member panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.

          OBJEKTIF KAJIAN
Ø Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu,berharmoni,berintegriti,bermoral dan beretika.
Ø Meningkatkan kesedaran,komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integrity supaya integrity menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang.
Ø Mengalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan sivil yang menjungjung prinsip integiriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.
Ø Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara,dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat.
Ø Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

            METODOLOGI KAJIAN
1.Kaedah penyelidikan perpustakaan
Saya juga turut mengunjungi perpustakaan awam contohnya perpustakaan negara dan perpustkaan Raja Tun Uda di Shah Alam untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ.Dengan kemudahan rujukan yang banyak yang terdapat disana,saya dapat mencari maklumat dengan lebih mendalam dan lebih  terperinci demi menyiapkan kajian saya ini.Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan dan melengkapkan lagi kajian saya.

2. Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.Dengan kemudahan ini saya dapat mencari maklumat tentang kajian saya dengan lebih mudah dan singkat kerana semua maklumat kini hanya di hujung jari.Dengan kemudahan laman sesawang ini maklumat saya akan menjadi lebih lengkap dan tepat kerana saya dapat mengkaji tentang kajian saya dengan melayari laman rasmi yang menyediakan maklumat tentang Pelan Integriti Nasional ini.
          
KEPENTINGAN PELAN INTEGRITI NASIONAL

  • 1.    Untuk mencapai matlamat cabaran keempat wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika,dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh,dan ditunjangi oleh budi pekerti yang utuh.
  • 2.    Meliputi usaha memupuk budaya yang baik da etika yang positif dalam segala termasuk pekerjaan,perniagaan,penulisan,sukan dan sebagainya.
  • 3.    Perlu mematuhi undang-undang negara dan syarat-syaratnya
  • 4.    Melengkapkan peranan pelan pembangunan negara kita dan aspek ekonomi.
  • 5.    Dalam konteks ini,peranan agama adalah penting kerana ajaran agama sentiasa mengingatkan kita kepada aspek-aspek akuantabiliti atau kebertanggungjawab dan menyeru kita kepada membuat perkara-perkara baik serta menghindarkan perkara mungkar.

                                        ISI DAN HURAIAN
GERAKAN PEMANTAPAN INTEGRITI
Gerakan pemantapan integriti adalah satu gerakan menyeluruh dan berterusan yang dipandukan oleh prinsip dan objektifPelan Integriti Nasional (PIN). Pendekatan umum PIN ialah menggerakkan semua komponen dan sektor negara danmasyarakat supaya mendukung dan menghayati objektif dan matlamat PIN serta bekerjasama dan berkoordinasi diantara satu sama lain untuk mencapai cita-citanya. Pendekatan ini melibatkan penjalinan kekuatan pelbagai kompone'dari bawah' yang bekerjasama sesama sendiri serta penggemblengan kekuatan tersebut dengan 'pihak atas' untuktujuan meningkatkan integriti.Di antara pelbagai komponen itu terdapat timbal balas yang berterusan. Sementara 'pihakatas' memberikan bimbingan dan menunjukkan teladan mengenai integriti, 'pihak bawah' pula memberikan sokongan,maklum balas dan kawalan kepada 'pihak atas'. Dengan cara ini, gerakan pemantapan integriti meningkatkan dinamikadan kekuatannya.
Setiap komponen atau sektor perlu mempunyai dan melaksanakan strategi dan program integriti masing-masing selarasdengan PIN.Strategi, program dan aktiviti itu perlu diulangkaji dari masa ke semasa.Ulangkaji itu ialah untuk menilaikeberkesanan dan memperbaiki kelemahannya agar integriti secara selangkah demi selangkah menjadi budayamasyarakat dalam jangka panjang.
Keseluruhan komponen atau institusi berikut terlibat dalam gerakan ini:
a) Keluarga;
b) Komuniti;
c) Masyarakat Sivil (Pertubuhan-pertubuhan Masyarakat);
d) Sosiobudaya (pendidikan, kesihatan, sukan dan rekreasi, media massa, seni, sastera dan warisan);
e) Agama
f) Ekonomi
g) Politik; dan
h) Pentadbiran

                       STRATEGI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN INTEGRITI
Keseluruhan pendekatan, strategi, dan pelan tindakan bagi mencapai objektif dan sasaran PIN merupakan salah satuagenda utama negara, dan kini dirujuk sebagai Agenda Integriti.Matlamat Agenda Integriti boleh dicapai denganmengatur secara rapi Strategi Pelaksanaan dan Pelan Tindakan untuk pelbagai institusi masyarakat dan negara.
Dari segi strategi pelaksanaan, pucuk pimpinan perlu memberikan isyarat yang jelas, tegas dan konsisten tentangkomitmen mereka melaksanakan Agenda Integriti. Komitmen yang sama perlu ditunjukkan oleh anggota lain dalamkepimpinan negara. Isyarat sedemikian akan mengobarkan semangat, keyakinan dan keghairahan rakyat untuk turutbersama dengan kepimpinan sesuai dengan prinsip "Rakyat menyokong pemimpin yang menyokong rakyat". Sebagai strategi jangka panjang, gerakan pemantapan integriti harus mempunyai asas yang kukuh.Asas ini perlu dibina daribawah dengan melibatkan institusi paling asas, iaitu keluarga, komuniti dan masyarakat sivil.
Pembabitan keluarga dan komuniti setempat dalam gerakan pemantapan integriti akan menjamin kejayaan agendamenjadikan integriti budaya masyarakat dalam jangka panjang. Pendekatan ini selaras dengan hakikat bahawamasyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang berorientasikan keluarga dan komuniti.Kini, nilai keluarga dankomuniti masih kukuh dan mendalam walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran.Justeru, bagi memastikan penerusan keteguhan nilai-nilai itu, pembinaan integriti harus bermula daripada keluarga.

Agenda Integriti untuk keluarga ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia;
• Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani; dan
• Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.
Institusi keluarga berada di tengah-tengah komuniti atau masyarakat setempat.Komuniti terdiri daripada keluarga dankelompok-kelompok kejiranan yang menjalin rangkaian sehingga menjadi komuniti yang lebih luas.Pelaksanaan AgendaIntegriti untuk keluarga berkaitan erat dengan Agenda Integriti untuk komuniti.Dalam komuniti terdapat pelbagai institusitradisional seperti ketua kampung, imam, penghulu, pemanca dan ketua kaum yang sepatutnya menyemai nilai-nilaimurni masyarakat kepada generasi baru.Kewujudan institusi seperti ini membantu pembentukan identiti berlandaskannilai tradisi.

Agenda Integriti untuk komuniti ialah bagi mencapai objektif berikut:
Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti;
• Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; dan
• Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan alamsekitar.
Ruang di antara keluarga dan komuniti dengan institusi besar, khususnya negara dan kuasa pasaran atau institusiekonomi ialah ruang masyarakat sivil. Melalui proses modenisasi, perkembangan kelas menengah, pengaruh dan interaksi dengan dunia antarabangsa serta impak globalisasi, ruang masyarakat sivil semakin berkembang. Dalam ruangini terdapat pelbagai pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil (Civil Society Organisation - CSO) yang memperjuangkanpelbagai isu seperti hak wanita, pengguna, alam sekitar dan hak asasi man usia. Pertubuhan-pertubuhan ini juga bergiatmemajukan profesion atau aktiviti tertentu seperti sukan, kesenian, kebudayaan dan aktiviti keagamaan; ataupunberperanan sebagai pemberi khidmat penjagaan.
Agenda Integriti untuk masyarakat sivil ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Peningkatan integriti masyarakat sivil - badan bukan kerajaan;
• Peningkatan sumbangan CSO kepada usaha pemantapan integriti; dan
• Pengukuhan kerjasama antara CSO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan integriti.
Begitu juga dengan institusi sosiobudaya yang merangkumi pendidikan (sekolah, kolej dan universiti), kesihatan,rekreasi dan sukan, media massa serta seni, sastera dan warisan turut memainkan peranan membina dan mengukuhkanintegriti masyarakat dan negara. Institusi ini menyumbang kepada pembinaan modal sosial, meningkatkan kesihatan dankeceriaan, memupuk perasaan kekitaan, menangani gejala sosial dan lain-lain.Dengan demikian, institusi tersebutmempunyai pengaruh besar terhadap pengukuhan integriti keluarga, komuniti dan seterusnya masyarakat dan negara.
Agenda Integriti untuk institusi sosiobudaya ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti;
• Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani; dan
• Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti warga negara.
Masyarakat Malaysia berbilang kaum dan agama.Institusi agama sangat penting dalam membina integriti individu,masyarakat dan negara.Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam diri individu dankeluarga berlandaskan ajaran agama masing-masing.la juga dilakukan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalampengurusan pelbagai institusi lain termasuk pendidikan, media, ekonomi, politik dan pentadbiran. Oleh yang demikian,institusi agama dan kepelbagaian agama perlu ditangani sebaik mungkin.
Agenda Integriti untuk institusi agama ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama;
• Penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama; dan
• Peningkatan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.
Institusi ekonomi adalah institusi yang memakmurkan masyarakat dan negara melalui proses pengeluaran danpenyediaan peluang pekerjaan. Bergerak dalam ruang ini ialah banyak syarikat korporat dan syarikat besar lain, disamping perusahaan sederhana dan keci!.Mereka telah membuat sumbangan penting kepada kemajuan negara dankemakmuran rakyat Malaysia pada hari ini.Selain itu terdapat organisasi ya~ mewakili kepentingan majikan dankepentingan pekerja.Organisasi ini memainkan peranan masing-masing dalam memelihara hubungan yangmembolehkan urusan ekonomi dan pekerjaan dilaksanakan dengan berkesan.
Agenda Integriti untuk institusi ekonomi ialah bagi mencapai objektit berikut:
• Pemantapan integriti sektor korporat;
• Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika; dan
• Pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti ekonomi.

Cabaran terbesar parti dan ahli politik, terutamanya bagi parti yang memegang kuasa ialah memantapkan integriti danmenangani jangkaan rakyat yang kian meningkat.Hasil kemajuan pendidikan dan pendedahan kepada dunia luar, rakyatsemakin sedar tentang hak mereka.Dengan itu, mereka semakin tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan bagimendapatkan hak mereka itu. Rakyat juga mahu gelanggang politik menjadi medan yang bersih dan landasanmemajukan masyarakat dan negara. Justeru, rakyat menuntut mereka yang menceburi politik atau yang berkuasa supayabersifat amanah, telus, bertanggungjawab, serta benar-benar berkhidmat demi kepentingan rakyat dan negara.Bahkan,rakyat meletakkan parti dan ahli politik di bawah kanta mikroskop untuk dinilai.Selain itu, rakyat mahukan gelaran "YangBerhormat" menjadi "Yang Berkhidmat".Wakil-wakil Rakyat juga dikehendaki berpegang pada etika dan prinsip "bekerjabersama-sama ketua, bukan untuk ketua, tetapi untuk rakyat dan negara".
Agenda Integriti untuk institusi politik ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan sist~m politik negara;
• Pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang
yang luhur;
• Pengamalan politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan
demokratik mengikut acuan sendiri; dan
• Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik.
Institusi pentadbiran di Malaysia adalah antara yang terbaik di negara membangun.Jentera pentadbiran bersama-sama dengan jentera politik merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan negara.Pentadbiran merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan sesuatu dasar dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan.Pentadbiran sektorawam adalah peneraju utama yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.Sistem penyampaianperkhidmatan sektor awam yang cekap dan berkualiti amat perlu bagi memenuhi keperluan masyarakat dan memastikankesejahteraan hidup rakyat.Oleh yang demikian, integriti jentera pentadbiran sangat penting ditangani.
Agenda integriti untuk institusi pentadbiran ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik; dan
• Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.

                                                            ANALISIS DATA

BORANG SOAL SELIDIK:


BAHAGIAN A: SOAL SELIDIK
ARAHAN: Silabulatkan (O) pada jawapan yang berkaitan di petak yang disediakan berdasarkan skala likert di bawah:

PERINGKAT
Sangat tidak bersetuju(STB)
Tidak bersetuju (TB)
Setuju (S)
Sangat bersetuju (SS)
SKALA
1
2
3
4


1.                    1.Mengenal pasti konsep PIN

BIL
                        PENYATAAN
                    SKALA
  1
PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat

1

2

3

4
  2
Pendekatan PIN adalah untuk mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan integriti

1

2

3

4
  3
Konsep asas PIN adalah untuk membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika
1
2
3
4
  4
PIN ialah sebuah pelaninduk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan Negara

1

2

3

    4
  5
PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan melaksanakan program pemantapan integriti mereka

1

2

3

4
                                                   

Daripada soal selidik yang telah dikaji berdasarkan 30 borang soalan yang dijawab oleh 30 orang respondan yang menghuni kamsis PNS yang terdiri daripada pelajar semesta pertama sesi Disember 2014 yang mengikuti program DIB seramai 10 orang, DLS seramai 10 orang dan DEC seramai 10 orangtelah kami kemukakan sebanyak 5 soalan yang berkaitan dengan Mengenalpasti konsep PIN. Pada soalan 1, seramai 5 orang yang memilih sangat tidak bersetuju, manakala respondan yang memilih majoritinya seramai 15 orang. Seterusnya soalan 2 pula, 10 orang respondan memilih sangat tidak bersetuju dan 10 orang respondan yang lain memilih tidak bersetuju. Manakala 5 respondan menjawab setuju dan 5 respondan yang lain menjawab sangat setuju. Pada soalan 3 pula, majoritinya, 12 orang respondan menjawab setuju manakala seramai 4 orang respondan menjawab tidak setuju. Soalan 4 pula kebanyakannya respondan menjawab setuju seramai 14 orang.



          2.      Mengenal pasti faktor PIN diwujudkan

BIL
              PENYATAAN
             SKALA
   1
PIN digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip perlembagaan persekutuan
1
2
3
4
   2
PIN mencerminkanciri-ciri khusus masyarakatdan Negara Malaysia
1
2
3
4
   3
PIN mengambil kira perkembangan antarabangsa, pengalaman Negara-negara lain serta impak arus globalisasi
1
2
3
4
   4
PIN diwujudkan untuk merealisasikan untuk menjadi sebuah Negara yang maju
1
2
3
4
   5
PIN membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan beretika
1
2
3
4

Berdasarkan graf diatas ,seramai 10 orang responden memilih tidak setuju manakala seramai 5 orang memilih tidak bersetuju . Seterusnya ,soalan 2 pula seramai 11 orang memilih setuju manakala 5 orang memilih tidak bersetuju . Bagi soalan 3 pula ,seramai 10 orang memilih setuju manakala 5 orang memilih sangat setuju.Soalan 4 pula merujuk kepada 10 orang responden memilih setuju manakala 5 orang memilih sangat tidak setuju .Soalan 5 pula,memerlukan seramai 11 orang respondan memilih sangat setuju manakala 5 orang memilik sangat tidak setuju.

3.      Mengenal pasti keberkesanan PIN

BIL
                            PENYATAAN
         SKALA
 1
Konsep PIN meningkatkan keberkesanan dalam masyarakat
  1
  2
  3
  4
 2
Konsep PIN menggalakan semangat bertanggungjawab dalam kalangan anggota masyarakat
  1
  2
  3
  4
 3
PIN meningkatkan daya pemikiran masyarakat yang kreatif dan inovatif
  1
  2
  3
  4
 4
PIN menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakatdan Negara
  1
  2
  3
  4
 5
Golongan muda perlu mengamalkan konsep PIN dalam kehidupan seharian
  1
  2
  3
  4
Berdasarkan konsep mengenalpasti keberkesanan PIN , para respondan yang menjawab soalan 1 seramai 9 orang memilih sangat setuju manakala seramai 6 orang menjawab tidak setuju . soalan 2 pula memerlukan 9 orang untuk memilih setuju manakala 6 orang memilih tidak setuju . pada soalan 3 , seramai 9 orang memilih tidak setuju manakala 6 orang memilih sangat setuju . pada soalan 4 , seramai 9 orang responden memilih sangat tidak setuju , manakala 8 orang memilih sangat setuju . pada soalan 5 , seramai 5 orang memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju , manakala seramai 10 orang memilih setuju dan sangat setuju .


                                                         KESIMPULAN


Daripada apa yang kami dapat dalam hasil kajian kami, Penghayatan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan objektif PIN oleh perbagai sektor masyarakat dan negara sudah pasti akan menjadi suatu kekuatan  yang ampuh bagi mengubah wajah masyarakat dan negara Malaysia. Kekuatan ini juga akan membolehkan Malaysia menangani cabaran baru abad ke-21 dengan lebih berkesan. Kesemua ini akan menyumbang kepada pencapaian cita-cita menjadi masyarakat maju mengikut acuan sendiri.

Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu proses seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan koditu dalam tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi kerana akhirnya seseorang itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.

Pelan Integriti Nasional juga boleh melengkapkan peranan pelan pembangunan negara kita dari aspek ekonomi, Infrastruktur dan pembangunan sumber manusia. Integritiakan memainkan peranan pelengkap dan penyempurna kepada rancangan - rancangan di atas dengan membantu mengukuhkan asas kemajuan negara dan pembangunan jangka panjang dengan cara membaiki perwatakan, minda, serta budi pekerti rakyat negara ini.













3 comments:

  1. 1xbet korean casino and sportsbetting in 【2021】
    The most accurate online casino 샌즈카지노 portal with Asian betting lines, sportsbooks, choegocasino bitcoin slots, 1xbet korean to give you the best bonus and free spins.

    ReplyDelete
  2. The Casino in Tunica, Mississippi - MapyRO
    Get directions, reviews and information for 안산 출장마사지 The Casino 충청북도 출장마사지 in Tunica, Mississippi. 영주 출장안마 The Casino 파주 출장샵 in Tunica, Mississippi (mapyro). 세종특별자치 출장마사지

    ReplyDelete